| |
| 1. S: Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan baru? |
| 2. S: Apakah tatacara penyediaan kertas cadangan permohonan jawatan / penstrukturan semula organisasi? |
| 3. S:Berapa lamakah pihak HRM memproses setiap permohonan? |
| 4. S:Adakah permohonan ini memerlukan perbincangan/mesyuarat bersama pihak HRM dan agensi? |
| 5. S:Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan Tetap dan Tidak Berpencen(TTP)/Tetap dan Berpencen (TP)? |
| 6. S:Apakah tanggagaji yang digunakan apabila membuat pengiraan implikasi kewangan dalam kertas cadangan permohanan? |
| 7.S: Bagaimanakah cara untuk melaporkan/mengisi kekosongan jawatan? |
| 8. S: Bolehkah jawatan sedia ada dimansuhkan/dipindahkan? |
| 9. S:Boleh kah jawatan berkenaan diisi? |
| 10. S:Bagaimana untuk menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan bagi agensi? |
| 11. S:Apakah implikasi sekiranya seseorang pegawai yang sedang berkhidmat menerima opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan yang berlainan? |
| 12. S:Apakah gred yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| 13. S:Apakah syarat lantikan yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| 14. S:Bagaimanakah untuk membezakan gred lantikan dan gred kenaikan pangkat? |
| 15. S:Siapakah yang layak diberi opsyen tukar lantik (Skim Perkhidmatan Baru/Pindaan)? |
| 16. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling bagi Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| 17. S: Bagaimanakah cara penyelarasan gaji dibuat apabila pertukaran Skim berlaku? |
| 18. S: Bilakah surat tawaran akan dikeluarkan? |
| 19. S: Bilakah temuduga dijalankan? |
| 20. S: Adakah surat perlantikan semula selepas bersara sudah dikeluarkan? |
| 21. S: Adakah iklan kekosongan untuk sebarang jawatan sudah dibuat/diiklankan/dikeluarkan? |
| 22. S: Keputusan temuduga bagi sebarang jawatan yang diiklankan? |
| 23. S: Kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan (samada gred P&P, Sokongan I atau sokongan II)? |
| 24. S: Apakah Pengesahan Dalam Jawatan / Perkhidmatan? |
| 25. S: Berapa Lama Tempoh Percubaan? |
| 26. S:Bilakah anggota tetap boleh disahkan dalam perkhidmatan? |
| 27. S:Apakah yang berlaku sekiranya gagal memenuhi syarat pengesahan? |
| 28. S: Tanggungjawab anggota dalam percubaan? |
| 29. S: Apakah dokumen-dokumen diperlukan dalam perakuan pengesahan jawatan? |
| 30. S: Tanggungjawab Anggota Tetap Dalam Percubaan? |
| 31. S: Siapa Mengendalikan Peperiksaan dan Induksi? |
| 32. S: Bagaimana Memohon Menduduki Peperiksaan Dan Kursus Induksi? |
| 33. S: Apakah kemudahan bagi anggota tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan? |
| 34. S: Adakah Ketua Masyarakat layak menerima kemudahan perubatan di klinik atau di hospital Kerajaan? |
| 35. S: Adakah Ketua Kaum layak menerima kemudahan perubatan di klinik atau di hospital Kerajaan? |
| 36. S: Berapakah jumlah cuti tahunan Ketua Masyarakat dan prosedur mengumpul cuti? |
| 37. S: Berapakah jumlah cuti tahunan Ketua Kaum dan prosedur mengumpul cuti? |
| 38. S: Berapakah jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Masyarakat? |
| 39. S: Berapakah jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Kaum? |
| 40. S: Apakah kelayakan cuti menunaikan fardhu haji bagi Ketua Masyarakat? |
| 41. S: Apakah kelayakan cuti menunaikan fardhu haji bagi Ketua Kaum? |
| 42. S:Adakah seseorang itu boleh memohon jawatan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum? |
| 43. S: Bolehkah seseorang Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum ditamatkan perkhidmatan? |
| 44. S: Adakah Ketua Masyarakat perlu disahkan dalam jawatan? |
| 45. S: Adakah Ketua Kaum perlu disahkan dalam jawatan? |
46. S: Bolehkah jawatan Ketua Masyarakat dipangku? |
| 47. S: Apakah kriteria seseorang calon untuk jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum? |
| 48. S: Siapakah pegawai yang layak memohon faedah gantian cuti rehat? |
| 49. S: Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan GCR? |
| 50. S: Apakah Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan? |
| 51. S: Bilakah pembayaran untuk faedah GCR? |
| 52. S: Bagaimanakah cara pengiraan bayaran faedah GCR? |
| 53. S: Berapakah jumlah maksimum GCR boleh dikumpul dan jumlah yang layak dikumpul untuk setahun? |
| 54. S: Bagaimanakah seseorang pegawai boleh dianggap lulus atau kandas PTK? |
| 55. S: Adakah seseorang pegawai berpeluang mengulangi PTK sekiranya tidak melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan yang ditetapkan? |
| 56. S: Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pegawai untuk menduduki PTK? |
| 57. S: Apakah bahan-bahan rujukan untuk menduduki PTK? |
| 58. S: Bilakah seseorang pegawai layak menduduki PTK? |
| 59. S: Apakah Tahap Kecekapan yang perlu diduduki oleh seorang pegawai yang berada di P3 dalam Jadual Gaji Matriks? |
| 60. S: Berapa kerapkah PTK diadakan dalam setahun? |
| 61. S: Bilakah keputusan PTK diumumkan? |
| 62. S: Bagaimanakah seseorang pegawai boleh memohon untuk menduduki peperiksaan PTK? |
| 63. S: Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja? |
| 64. S: Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan memangku? |
| 65. S: Tidakkah Sistem Saraan Malaysia akan menyebabkan pegawai mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja? |
| 66. S: Adakah pegawai yang lulus PTK perlu menduduki peperiksaan jabatan? |
| 67. S: Berapa lamakah tempoh sahlaku keputusan PTK? |
| 68. S: Adakah PTK diambil kira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)? |
| 69. S: Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak menduduki PTK? |
| 70. S: Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan yang ditetapkan? |
| 71. S: Apakah terdapat kuota dalam melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan PTK? |
| 72. S: Adakah PTK menjejaskan peluang kenaikan pangkat? |
| 73. S: Bolehkah seseorang pegawai tidak menduduki PTK? |
| 74. S: Bagaimanakah saya memohon untuk menduduki Kursus Kenegaraan? |
| 75. S: Bilakah keputusan akan PTK akan dikeluarkan? |
| |
| JAWAPAN |
| 1. S: Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan baru? |
| |
J: Agensi boleh memohon jawatan baru melalui permohonan perstrukturan semula atau permohonan perjawatan dengan mengemukakan kertas cadangan kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri. |
| atas |
| 2. S: Apakah tatacara penyediaan kertas cadangan permohonan jawatan / penstrukturan semula organisasi? |
| |
J: Tatacara penyediaan kertas cadangan permohonan jawatan/penstrukturan semula organisasi boleh dirujuk dalam laman web Sarawaknet (Bahagian Govnet - Sumber Maklumat) iaitu Buku Panduan Tatacara Permohonan Perjawatan Di Luar Pemeriksaan Anggaran Belanjawan Tahunan. |
| atas |
| 3. S:Berapa lamakah pihak HRM memproses setiap permohonan? |
| |
J: Tempoh memproses setiap permohonan adalah bergantung kepada maklumat lengkap yang dikemukakan oleh agensi pemohon. |
| atas |
| 4. S:Adakah permohonan ini memerlukan perbincangan/mesyuarat bersama pihak HRM dan agensi? |
| |
J: Perbincangan/Mesyuarat dengan agensi pemohon akan diadakan sekiranya perlu bergantung kepada keperluan agensi pemohon ataupun pihak Unit Pengurusan Sumber Manusia. |
| atas |
| 5. S:Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan Tetap dan Tidak Berpencen(TTP)/Tetap dan Berpencen (TP)? |
| |
J: Bagi memohon jawatan Tetap dan Tidak Berpencen (TTP), agensi perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri menggunakan format MMKN dan isi kandungan perlu berdasarkan format JPA dalam Buku Panduan Tatacara Permohonan Perjawatan Di Luar Pemeriksaan Anggaran Belanjawan Tahunan untuk pertimbangan dan kelulusan MMKN. Bagi permohonan jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen (TP), agensi perlu mengemukakan kertas cadangan mengikut format JPA dalam Buku Panduan Tatacara Permohonan Perjawatan Di Luar Pemeriksaan Anggaran Belanjawan Tahunan melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia,Jabatan Ketua Menteri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. |
| atas |
| 6. S:Apakah tanggagaji yang digunakan apabila membuat pengiraan implikasi kewangan dalam kertas cadangan permohanan? |
| |
J: Implikasi kewangan bagi semua jawatan yang dipohon perlu disediakan berdasarkan format JPA iaitu menggunakan pengiraan mid-point salary/tanggagaji pertengahan di peringkat P1. Sekiranya tanggagaji bagi skim perkhidmatan berkenaan adalah genap, maka tanggagaji yang lebih tinggi diambilkira semasa mengira anggaran implikasi kewangan |
| atas |
| 7. S: Bagaimanakah cara untuk melaporkan/mengisi kekosongan jawatan? |
| |
J: Kekosongan jawatan boleh diisi dengan melaporkan kekosongan dalam borang P.S.C Form 5 untuk jawatan dalam Gred Lantikan manakala borang P.S.C Form 7 bagi Gred Kenaikan Pangkat. |
| atas |
| 8. S: Bolehkah jawatan sedia ada dimansuhkan/dipindahkan? |
| |
J: Sesuatu jawatan boleh dicadangkan untuk dimansuh sekiranya tiada penyandang dalam jawatan yang terlibat. Ia juga boleh dipindah ke mana-mana stesen dalam sesebuah jabatan atau dari jabatan ke jabatan dengan membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia. |
| atas |
| 9. S:Boleh kah jawatan berkenaan diisi? |
| |
J: Jawatan kosong boleh diisi pada bila-bila masa tertakluk kepada status sesuatu jawatan. Contohnya, jawatan jumud tidak boleh diisi. |
| atas |
| 10. S:Bagaimana untuk menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan bagi agensi? |
| |
J: Rujuk pada Senarai Tahunan semasa dan buat pemansuhan jawatan jumud yang kosong serta kemaskini bilangan jawatan dan sebagainya berdasarkan Waran Perjawatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. |
| atas |
| 11. S:Apakah implikasi sekiranya seseorang pegawai yang sedang berkhidmat menerima opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan yang berlainan? |
| |
J: Pegawai berkenaan perlu memohon perletakan jawatan terlebih dahulu. Keputusan sama ada menerima opsyen tukar lantik dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan ada la h muktamad. |
| atas |
| 12. S:Apakah gred yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| |
J: Gred bagi sesuatu Skim Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan berkenaan. |
| atas |
| 13. S:Apakah syarat lantikan yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| |
J: Syarat lantikan adalah berbeza dan tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan bagi sesuatu Skim Perkhidmatan berkenaan. |
| atas |
| 14. S:Bagaimanakah untuk membezakan gred lantikan dan gred kenaikan pangkat? |
| |
J: Gred lantikan adalah menggunakan angka ganjil manakala gred kenaikan pangkat menggunakan angka genap. |
| atas |
| 15. S:Siapakah yang layak diberi opsyen tukar lantik (Skim Perkhidmatan Baru/Pindaan)? |
| |
J: Pegawai yang layak diberi opsyen tukar lantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat untuk opsyen tukar lantik dalam Skim Perkhidmatan berkenaan. |
| atas |
| 16. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling bagi Skim Perkhidmatan berkenaan? |
| |
J: Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling bagi Skim Perkhidmatan berkenaan boleh dimuatturun dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. |
| atas |
| 17. S: Bagaimanakah cara penyelarasan gaji dibuat apabila pertukaran Skim berlaku? |
| |
J: Penyelarasan gaji akan dibuat berdasarkan terma dan syarat Skim Perkhidmatan berkenaan. |
| atas |
| 18. S: Bilakah surat tawaran akan dikeluarkan? |
| |
J: Surat tawaran akan dikeluarkan setelah perakuan atau kelulusan diterima daripada SUK. |
| atas |
| 19. S: Bilakah temuduga dijalankan? |
| |
J: Temuduga akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan di dalam PAN. |
| atas |
| 20. S: Adakah surat perlantikan semula selepas bersara sudah dikeluarkan? |
| |
J: Surat pelantikan akan dikeluarkan selepas mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa melantik. |
| atas |
| 21. S: Adakah iklan kekosongan untuk sebarang jawatan sudah dibuat/diiklankan/dikeluarkan? |
| |
J: Iklan kekosngan jawatan cuma akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan bahawa terdapat kekosongan jawatan yang perlu diisi melalui pengambilan |
| atas |
| 22. S: Keputusan temuduga bagi sebarang jawatan yang diiklankan? |
| |
J: Keputusan temuduga akan dimaklumkan kepada calon-calon yang berjaya dalam masa satu (1) bulan selepas temuduga dijalankan. |
| atas |
| 23. S: Kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan (samada gred P&P, Sokongan I atau sokongan II)? |
| |
J: Kelayakan adalah berdasarkan kepada skim perkhidmatan iaitu seperti mana yang telah disyaratkan dalam iklan. |
| atas |
| 24. S: Apakah Pengesahan Dalam Jawatan / Perkhidmatan? |
| |
J: Setiap anggota yang dilantik ke jawatan bertaraf tetap dalam Perkhidmatan Awam dikehendaki melalui tempoh percubaan sebelum dapat disahkan dalam jawatan / perkhidmatannya. |
| atas |
| 25. S: Berapa Lama Tempoh Percubaan? |
| |
J:
- Antara satu hingga tiga tahun.
- Bagi semua anggota yang:
- Dilantik terus ke jawatan tetap
- Dilantik melalui Perlantikan Kenaikan Pangkat (KPSL)
|
| atas |
| 26. S:Bilakah anggota tetap boleh disahkan dalam perkhidmatan? |
| |
J:
- Telah memenuhi tempoh percubaan diantara 1-3 tahun.
- Telah lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan.
- Telah lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan.
- Telah menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi yang
ditetapkan.
- Bebas daripada siasatan kes tindakan tatatertib.
- Laporan Penilaian Prestasi tahunan bagi 1 hingga 3
tahun kebelakangan yang memuaskan; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
|
| atas |
| 27. S:Apakah yang berlaku sekiranya gagal memenuhi syarat pengesahan? |
| |
J: Seorang pegawai tetap akan dilanjutkan tempoh percubaan tidak melebihi 12 bulan untuk kali pertama dan dilanjutkan 12 bulan lagi untuk kali kedua tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak / Setiausaha Kerajaan Negeri sarawak:
- Perlanjutan Tanpa Denda jika kegagalan bukan disebabkan kecuaian / kelemahan anggota.
- Perlanjutan Dengan Denda (iaitu tidak mendaftar diri untuk menghadiri Kursus Induksi dan juga tidak mendaftarkan diri untuk duduki Peperiksaan Perkhidmatan dalam tempoh percubaan yang ditetapkan) jika kegagalan disebabkan kelemahan / kecuaian anggota sendiri (Tiada diberi Pergerakan Gaji tahunan selama tempoh perlanjutan)
|
| atas |
| 28. S: Tanggungjawab anggota dalam percubaan? |
| |
J:
- Pegawai untuk memenuhi syarat-syarat memberi nasihat, dorongan serta peluang bagi pengesahan yang telah ditetapkan.
- Memastikan pegawai sentiasa menunjukkan prestasi yang memuaskan.
* Mengemukakan perakuan Kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaan sama ada;
a. Anggota disahkan dalam perkhidmatan atau
b. Dilanjutkan tempoh percubaan atau
c. Ditamatkan perkhidmatan atau
d. Dikembalikan ke jawatan lamanya bagi anggota dilantik melalui KPSL |
| atas |
| 29. S: Apakah dokumen-dokumen diperlukan dalam perakuan pengesahan jawatan? |
| |
J: Perakuan hendaklah mengandungi:
- Perakuan Ketua Jabatan
- Borang B [G.O.27 (2)]
- Borang C [G.O.27(6)]
- Salinan sijil Kursus Induksi
- Salinan slip keputusan Peperiksaan Perkhidmatan
- Laporan Penilaian Prestasi tahunan bagi 1 hingga 3 tahun kebelakangan.
|
| atas |
| 30. S: Tanggungjawab Anggota Tetap Dalam Percubaan? |
| |
J:
- Meneliti dan patuhi syarat-syarat bagi tujuan pengesahan dalam jawatan seperti yang surat tawaran perlantikan jawatan.
- Memohon supaya menghadiri:
Kursus Induksi Modul Umum
Kursus Induksi Modul Khusus
- Memohon untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan: Subjek Utama Subjek Jabatan
- Menunjukkan tahap prestasi tinggi dan bebas daripada tindakan tatatertib.
- Maklumkan Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan pengesahan dalam jawatan / perlanjutan tempoh percubaan kepada Jabatan Ketua Menteri, Unit Pengurusan Sumber Manusia tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaan.
|
| atas |
| 31. S: Siapa Mengendalikan Peperiksaan dan Induksi? |
| |
J:
- Subjek Utama (Jabatan Ketua Menteri, Unit Pembangunan Sumber Manusia)
- Subjek Jabatan (Jabatan / Kementerian. Pentadbiran masing-masing)
- Kursus Induksi Modul Umum (Jabatan Ketua Menteri, Unit Pembangunan Sumber Manusia)
- Kursus Induksi Modul Khusus (Jabatan / Kementerian / Pentadbiran masing-masing)
|
| atas |
| 32. S: Bagaimana Memohon Menduduki Peperiksaan Dan Kursus Induksi? |
| |
J:
- Dapatkan borang permohonan daripada Ketua Jabatan masing-masing.
- Isikan borang dan hantar kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri / Jabatan / Kementerian / Pentadbiran, dimana berkenaan.
|
| atas |
| 33. S: Apakah kemudahan bagi anggota tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan? |
| |
J:
- Permohonan Skim Pinjaman Rumah
- Cuti Belajar Bergaji / Separuh Gaji
- Menduduki Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
- Diberi Taraf Berpencen (jika memilih skim pencen) kecuali anggota tetap dan tidak berpencen (TTP)
|
| atas |
| 34. S: Adakah Ketua Masyarakat layak menerima kemudahan perubatan di klinik atau di hospital Kerajaan? |
| |
J: Seseorang Ketua Masyarakat dan isteri serta anak-anak beliau adalah layak menerima kemudahan perubatan sebagaimana seorang pegawai kerajaan dalam gred yang sama |
| atas |
| 35. S: Adakah Ketua Kaum layak menerima kemudahan perubatan di klinik atau di hospital Kerajaan? |
| |
J: Seseorang Ketua Kaum hanya layak menerima kemudahan perubatan sebagaimana kemudahan yang diterima oleh rakyat biasa |
| atas |
| 36. S: Berapakah jumlah cuti tahunan Ketua Masyarakat dan prosedur mengumpul cuti? |
| |
J: Seseorang Ketua Masyarakat mempunyai kelayakan 15 hari bercuti dalam setahun dan boleh dikumpul selamA 2 tahun sahaja |
| atas |
| 37. S: Berapakah jumlah cuti tahunan Ketua Kaum dan prosedur mengumpul cuti? |
| |
J: Seseorang Ketua Kaum tidak mempunyai kelayakan cuti |
| atas |
| 38. S: Berapakah jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Masyarakat? |
| |
J: Jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Masyarakat mestilah sekurang-kurangnya 3 orang calon |
| atas |
| 39. S: Berapakah jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Kaum? |
| |
J: Jumlah calon untuk mengisi setiap kekosongan jawatan Ketua Kaum mestilah sekurang-kurangnya 1 orang calon |
| atas |
| 40. S: Apakah kelayakan cuti menunaikan fardhu haji bagi Ketua Masyarakat? |
| |
J: Seseorang Ketua Masyarakat beragama Islam layak untuk bercuti menunaikan fardhu haji dengan bergaji penuh selama tidak melebihi 2 bulan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Telah berkhidmat selama 10 tahun terus-menerus atau
ii) Telah berkhidmat selama 4 Vi dan mencapai umur 45 tahun |
| atas |
| 41. S: Apakah kelayakan cuti menunaikan fardhu haji bagi Ketua Kaum? |
| |
J: Seseorang Ketua Kaum tidak layak menerima kemudahan ini. |
| atas |
| 42. S:Adakah seseorang itu boleh memohon jawatan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum? |
| |
J:Proses pencalonan dan pelantikan seseorang ke dalam Skim Perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum adalah berdasarkan perakuan pihak Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah dan sokongan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan terbabit. Jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bukanlah jawatan terbuka yang boleh dipohon sesuka hati tetapi mesti melalui prosedur dengan dokumen atau borang pencalonan yang telah ditetapkan. |
| atas |
| 43. S: Bolehkah seseorang Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum ditamatkan perkhidmatan? |
| |
J:Boleh, berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Skim Perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum iaitu sama ada dari segi kesihatan, prestasi kerja, status kebankrapan atau atas sebab-sebab perlanggaran syarat-syarat pelantikan. Skim Perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum juga dengan jelas menyebut bahawa pelantikan mereka adalah atas budibicara pihak yang melantik dan boleh ditamatkan tanpa sebarang sebab. |
| atas |
| 44. S: Adakah Ketua Masyarakat perlu disahkan dalam jawatan? |
| |
J:Ya, seseorang Ketua Masyarakat mesti disahkan dalam jawatan dan perakuan untuk pengesahan boleh dibuat selepas memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan selepas tempoh setahun dalam perkhidmatan. Mana-mana Ketua Masyarakat yang belum disahkan dalam jawatan tidak boleh melangkah sekatan gaji yang telah ditetapkan. Syarat-syarat pengesahan adalah:
i) Perkhidmatan yang memuaskan; dan
ii) Lulus ujian pengesahan yang ditetapkan. |
| atas |
| 45. S: Adakah Ketua Kaum perlu disahkan dalam jawatan? |
| |
J: Tidak perlu |
| atas |
| 46. S: Bolehkah jawatan Ketua Masyarakat dipangku? |
| |
J: Ya, calon pemangkuan mesti dikemukakan oleh pihak Residen Bahagian dan Pegawai Daerah untuk kelulusan Setiausaha Kerajaan Sarawak. Seseorang yang diluluskan untuk memangku jawatan layak untuk menerima bayaran seperti berikut:
i) Jika beliau bukan seorang Ketua Masyarakat, dia layak dibayar 50% daripada gaji yang diterima oleh penyandang jawatan terbabit;
ii) Jika beliau adalah seorang Ketua Masyarakat, maka beliau layak dibayar perbezaan gaji yang diterima dengan gaji penyandang jawatan terbabit |
| atas |
| 47. S:Apakah kriteria seseorang calon untuk jawatan Ketua Masyarakat dan
Ketua Kaum? |
| |
J:
i)Berumur tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak
melebihi 70 tahun
ii)Rakyat Malaysia
iii) Tinggal menetap di kawasan bidangkuasa pelantikan
iv) Disahkan sihat oleh pihak Hospital atau klinik kerajaan
vi) Bebas rekod jenayah |
| atas |
| 48. S: Siapakah pegawai yang layak memohon faedah gantian cuti rehat? |
| |
J: Pegawai yang layak ialah pagawai bertaraf sementara -pegawai tetap dan berpencen -pegawai tetap memilih KWSP. |
| atas |
| 49. S: Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan GCR? |
| |
J: Borang Pengesahan daripada Ketua Jabatan (Lampiran 'A') -Kenyataan Cuti Rehat yang dikemaskini sekurang-kurangnya untuk permohonan pertama 3 tahun sebelum tahun GCR dipohon Memorandum rasmi daripada Ketua Jabatan/surat permohonan pemohon sendiri dengan melalui Ketua Jabatan. |
| atas |
| 50. S: Apakah Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan? |
| |
J:Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993 yang diterimapakai melalui Surat Pekeliling
(Bil. Perj. 10/94) ruj.31/EO/1794/T bertarikh 20 Mei 1994.
-Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2003 yang diterimapakai melalui Surat Pekeliling(Bil. No. 12/2004) ruj. 54/EO/1794/T bertarikh 19 Mei 2004. |
| atas |
| 51. S:
Bilakah pembayaran untuk faedah GCR? |
| |
J: Selepas tarikh persaraan. |
| atas |
| 52. S: Bagaimanakah cara pengiraan bayaran faedah GCR? |
| |
J:Gaji Akhir + Semua Imbuhan Tetap x Jumlah GCR dikumpul =30 |
| atas |
53. S:
Berapakah jumlah maksimum GCR boleh dikumpul dan jumlah yang layak dikumpul untuk setahun? |
| |
J:-Untuk pegawai sementara & pegawai tetap memilih KWSP had maksimum 90 hari sahajaberdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993.
-Untuk pegawai tetap & berpencen sebanyak 120 hari berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2003
-Jumlah yang layak dikumpul setahun ialah setengah dari kelayakan cuti rehat tahunan atau maksimum 15 hari dan
-untuk pegawai yang akan bersara (pegawai tetap & berpencen) boleh mengumpul GCR
untuk kelayakan setahun pada tahun akhir perkhidmatan. |
| atas |
| 54. S:
Bagaimanakah seseorang pegawai boleh dianggap lulus atau kandas
PTK? |
| |
J: Sebenarnya tidak berbangkit isu lulus atau kandas dalam PTK. Keputusan PTK bermaksud sama ada seseorang pegawai melepasi atau tidak melepasi aras kecemerlangan yang ditetapkan |
| atas |
| 55. S: Adakah seseorang pegawai berpeluang mengulangi PTK
sekiranya tidak melepasi tahap kecekapan pada aras
kecemerlangan yang ditetapkan? |
| |
J:
Seseorang pegawai yang tidak melepasi tahap kecekapan bagi mana-mana bahagian dalam PTK sama ada peperiksaan, kursus atau ujian amali/pemerhatian/temuduga pegawai dikehendaki mengulangi semula bahagian-bahagian atau keseluruhan PTK tertakluk kepada keputusan yang diperolehi. |
| atas |
| 56. S: Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pegawai untuk menduduki PTK? |
| |
J:
Setiap pegawai yang berhasrat untuk menduduki dan melepasi PTK, hendaklah terlebih dahulu memahami konsep PTK itu sendiri. Selain daripada itu, pegawai tersebut perlu la h bersedia dengan memahami sukatan peperiksaan atau kurikulum kursus yang telah disediakan bagi perkhidmatannya. Seseorang pegawai itu hendaklah juga bersedia dengan pembacaan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan dengan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang diperakukan. |
| atas |
| 57. S:
Apakah bahan-bahan rujukan untuk menduduki PTK? |
| |
J: Bahan-bahan rujukan adalah sebagaimana yang diperakukan berdasarkan sukatan peperiksaan atau kurikulum kursus bersesuaian dengan tahap PTK yang diduduki dan skop perkhidmatan pada gred jawatan tertentu. |
| atas |
| 58. S: Bilakah seseorang pegawai layak menduduki PTK? |
| |
J:Seseorang pegawai layak menduduki PTK apabila memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
-(i) bagi TK 1, setelah disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) bagi TK 2, setelah berada di Peringkat Gaji P2 dalam Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatannya;
(iii) bagi TK 3, TK 4, TK 5 dan TK 6, setelah berada pada gred yang disandang secara hakiki. |
| atas |
| 59. S: Apakah Tahap Kecekapan yang perlu diduduki oleh seorang
pegawai yang berada di P3 dalam Jadual Gaji Matriks? |
| |
J:
Pegawai yang berada di P3 dalam Jadual Gaji Matriks boleh menduduki sama ada TK 1 atau TK 2. |
| atas |
| 60. S: Berapa kerapkah PTK diadakan dalam setahun? |
| |
J: Untuk peperiksaan PTK, ia diadakan setahun sekali. Kekerapan kursus PTK dalam setahun bergantung kepada bilangan calon yang memohon dan layak mengikuti kursus. Pegawai boleh merujuk kepada jadual peperiksaan dan kursus yang dikeluarkan |
| atas |
| 61. S: Bilakah keputusan PTK diumumkan? |
| |
J: Keputusan PTK akan diumumkan setelah diluluskan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkaitan |
| atas |
| 62. S: Bagaimanakah seseorang pegawai boleh memohon untuk menduduki peperiksaan PTK? |
| |
J: (i) Bagi perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, permohonan untuk menduduki peperiksaan PTK hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan menggunakan borang OMR JPA.
(ii) Bagi perkhidmatan bukan gunasama dan perkhidmatan gunasama Akauntan Negara, borang permohonan bagi peperiksaan boleh diperolehi daripada kementerian atau jabatan berkenaan. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada urus setia di kementerian atau jabatan masing-masing. |
| atas |
| 63. S: Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja? |
| |
J:
Pegawai yang belum melepasi tahap kecekapan yang disyaratkan boleh dipertimbangkan menanggung kerja jika didapati sesuai. |
| atas |
| 64. S: Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan
memangku? |
| |
J: Pegawai yang belum melepasi tahap kecekapan yang disyaratkan boleh dipertimbangkan memangku bagi tempoh yang terhad bagi membolehkan tugas-tugas jawatan yang dipangku dilaksanakan sepenuhnya. |
| atas |
| 65. S: Tidakkah Sistem Saraan Malaysia akan menyebabkan pegawai mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja? |
| |
J: Anjakan Gaji tidak semata-mata ditentukan oleh PTK tetapi juga disokong oleh Ketua Jabatan dan memperolehi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang baik. Oleh itu, pegawai perlu memberi tumpuan bukan sahaja untuk melepasi tahap kecekapan tetapi juga usaha lain yang dapat menyumbang kepada organisasi |
| atas |
| 66. S: Adakah pegawai yang lulus PTK perlu menduduki peperiksaan jabatan? |
| |
J: Seseorang pegawai perlu menduduki peperiksaan jabatan sebagaimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatannya |
| atas |
| 67. S: Berapa lamakah tempoh sahlaku keputusan PTK? |
| |
J:
Tiada tempoh luput bagi sesuatu keputusan melepasi tahap kecekapan. Keputusan tersebut memenuhi salah satu syarat untuk melayakkan seseorang pegawai dipertimbangkan bagi Anjakan Gaji dan/atau kenaikan pangkat pada Peringkat Gaji dan gred jawatan berkenaan. |
| atas |
| 68. S: Adakah PTK diambil kira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)? |
| |
J:
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan pegawai kepada organisasi. Ini bermakna pegawai yang tidak melepasi tahap kecekapan masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC. |
| atas |
| 69. S: Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak menduduki PTK? |
| |
J: (i) Seseorang pegawai yang tidak menduduki PTK tidak dapat membuktikan peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan ciri-ciri peribadi unggul untuk pembangunan diri ke a rah membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam
(ii) Selain itu, pegawai tidak dipertimbangkan mendapat Anjakan Gaji. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai masih boleh menikmati Pergerakan Gaji Biasa, tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan; dan
(iii) Seseorang pegawai juga tidak layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat. Ini kerana salah satu daripada syarat yang melayakkan seseorang pegawai diberi pertimbangan kenaikan pangkat ialah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan |
| atas |
| 70. S: Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak melepasi
tahap kecekapan pada aras kecemerlangan yang ditetapkan? |
| |
J: Pegawai berkenaan tetap menikmati Pergerakan Gaji Biasa, tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan. Pegawai berkenaan masih diberi peluang untuk menduduki semula sebahagian atau keseluruhan PTK mengikut mana yang berkenaan. |
| atas |
| 71. S: Apakah terdapat kuota dalam melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan PTK? |
| |
J:Tidak ada kuota yang ditetapkan dalam melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan PTK. |
| atas |
| 72. S: Adakah PTK menjejaskan peluang kenaikan pangkat? |
| |
J:Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti merit, kekosongan jawatan, bebas daripada tindakan tatatertib dan lain-lain. PTK hanya salah satu daripada syarat kenaikan pangkat. |
| atas |
| 73. S: Bolehkah seseorang pegawai tidak menduduki PTK? |
| |
J:Kerajaan menggalakkan seseorang pegawai untuk menduduki PTK bagi tujuan mendorong usaha menerapkan pembelajaran berterusan dan membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.Walau bagaimanapun, seseorang pegawai yang memilih untuk tidak menduduki PTK tidak berpeluang mendapat Anjakan Gaji dan juga tidak memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat tetapi masih menikmati Pergerakan Gaji Biasa tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan. |
| atas |
74. S:Bagaimanakah saya memohon untuk menduduki Kursus Kenegaraan? |
| |
J:Dengan mengisi borang permohonan untuk menyertai Kursus Kenegaraan dan menghantar terus kepada pihak Biro Tatanegara. Borang permohonan boleh diperolehi dari Seksyen Pengurusan Kompetensi, Tingkat 11, Wisma Bapa Malaysia atau muat turun dari laman web: http://www.btn.gov.my |
| atas |
| 75. S:Bilakah keputusan akan PTK akan dikeluarkan? |
| |
J:Pengeluaran keputusan bergantung kepada penyemakan oleh Panel Penilaian PTK dan pengesahan oleh Lembaga mengikut skim masing-masing. Ini akan mengambil masa dan keputusan PTK pada tahun ini akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. |
| atas |