PENGURUSAN INTEGRITI PADA BULAN MAC DAN APRIL 2008 |
|
|
|
|
Kursus integriti yang dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Perhubungan Pelanggan dengan kerjasama Seksyen Integriti dan Disiplin untuk semua kakitangan UPSM bagi menambahkan ilmu berkenaan Integriti dan nilai-nilai Integriti yang perlu diterapkan sebagai penjawat awam. |
EKSPO KERJAYA UNIMAS 2 - 3 APRIL 2008 |
|
|
|
|
| Ekspo Kerjaya di UNIMAS yang disertai daripada pelbagai agensi terutamanya dari agensi-agensi kerajaan berjaya menarik perhatian seramai 500 pelajar yang berminat untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS). Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran, Bengkel Kerjaya dan Temuduga Terbuka. |
|
UPSM TEAMBUILDING DI PANTAI DAMAI PADA 29 - 30 MAC 2008 |
|
|
|
|
|
|
Semua kakitangan UPSM berada di Pantai Damai untuk menghadiri "Teambuilding". Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti membina Istana Pasir, Senamrobik dan makan malam yang bertemakan 'Gila - Gila Bola '. Turut diadakan bengkel Pengstrukturan Semula UPSM yang disampaikan oleh YBhg. Datu Abdul Ghafur bin Shariff , Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), Tuan Hj. Sarudu Hj. Hoklai, Pengarah UPSM dan Encik Kameri Hj Affandi, Timbalan Pengarah UPSM. |
|
PERHIMPUNAN UPSM 24 April 2008 |
|
|
|
|
Perhimpunan UPSM yang diadakan bersama Tuan Hj. Sarudu Hj. Hoklai, Pengarah UPSM memberi amanat kepada kakitangan supaya sentiasa berkerjasama dan meningkatkan lagi kualiti dan potensi kerja masing-masing disamping meneruskan amalan 5S di ruang pejabat masing - masing. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan yang berpindah masuk ke UPSM turut diperkenalkan. |
|
Majlis Penghargaan Jasa Pekerja – Pekerja UPSM |
|
|
|
|
Pada malam penghargaan pekerja – pekerja UPSM 23 Febuari 2008 Tuan Hj. Sarudu Hj. Hoklai, Pengarah UPSM menyerahkan cenderahati kepada kakitangan UPSM yang akan bersara dan berpindah. Kakitangan UPSM juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan aktiviti oleh kakitangan UPSM. UPSM menghargai jasa-jasa kakitangan yang akan meninggalkan unit ini dan selamat maju jaya di tempat kerja baru nanti. |
|
Ekspo Kerjaya Universiti Sains Malaysia, di Pulau Pinang
(29 Feb –2 Mac 2008) |
|
|
|
|
Ekspo Kerjaya Universiti Sains Malaysia, di Pulau Pinang adalah untuk menarik perhatian terutamanya pelajar–pelajar Sarawak yang ingin berkhidmat dengan PANS. Seramai 200 pelajar Universiti Sains Malaysia telah melawat tapak pameran UPSM. Antara agensi PANS yang terlibat adalah seperti Jabatan Pengairan & Saliran , Jabatan Kerja Jaya, Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Penbendaharaan dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).YBbg. Datu Abdul Ghafur Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia) yang juga turut hadir melawat tapak ekspo disamping memberi taklimat kepada pelajar-pelajar Sarawak. |
|
|